11 Dec 2014

Berkampung di SALAM

Entri tertungggak: minggu lepas punya hasil karya. 

Assalamualaikum and sepetang... Lihat foto di atas, makanan yang berkhasiat untuk cepat sihat. Ke manakah kami bercuti minggu ini? Jeng jeng jeng... 


Sejak semalam (khamis) berkampung di SALAM medical. Harith demam tak kebah-kebah. Suhu paling rendah pun 37.4. Pabila dah 3 hari suhu tak turun ke 36 dan makan ubat dari klinik tak berkesan juga, maka kami sepakat ke hospital tanpa melengahkan masa. Jangan pandang ringan kalau bayi/kanak-kanak demam suhu tak kebah. 


Kebanyakan hospital sekitar Selangor penuh. Alhamdulillah, SALAM hospital ada kosong satu, rezeki untuk Harith. Selepas drip n masukkan antibiotik, suhu serta-merta kembali ke normal. 


Doktor pakar kanak-kanak n jururawat di sini baik-baik. 


Kaki ni sangat kuat. Harith tak suka diberi ubat sirap melalui picagari. Diterajangnya nurse yang gigih beri ubat. Ampun.. Sori nurse. Anak lelaki saya gagah perkasa bergusti diberi ubat ;).


Menu hari pertama santapan tengahari.


Bawa notebook sambil jaga harith sambil buat kerja. Pabila mata hari dah terbuka bangun pagi, kita tenung skrin sahaja lah ye. Sebab anak bujang pun nak tolong tekan keyboard.

Sekian, xoxo. 

No comments: