Showing posts with label Kuih- muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih- muih. Show all posts

29 Jul 2013

Kuih Melaka@ Onde-onde


Assalamualaikum n salam sejahtera semua. Ari ni da masok 20 ramadan. Moga kita semua bjumpa dgn malam LaialtulQadar dalam 10 malam terakhir ramadan tahun ini. In shaa Allah, amin. Minggu depan kami sekeluarga akan fly ke Sarawak celebrate ari raya aidilfitri kat kampung. Kali ni balik kampung vi. Alhamdulillah e- ticket dah dpt dari bendahari uni, terima kasih universiti bagi tiket free :). Terima kasih jugak buat dekan fakulti, Prof M.I bagi kelulusan bercuti raya.


Entri ni nak kongsi resepi buah melaka. ekceli kuih ni banyak gelaran nya. ada yg panggil kuih melaka, buah melaka dan onde2. Kalau kat sini guna gula melaka sbg inti. Tapi kat kampung vi d srwk, guna gula apong. Rasa tetap sama, color pung sama cuma tekstur beza sikit. gula apong lembut likat. Jom, jenguk resepi.


Sumber rujukan: Majalah Aroma (edisi Ogos 2011, m/s 66)

Apa yang diperlukan:
  • 1 bungkus tepung pulut (Vivi guna 1/2 bungkus sahaja)
  • 1 cawan tepung gandum (Vivi guna 4 sudu makan)
  • 1 sudu garam (Vivi guna 1/2 sudu teh)
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan (Vivi tak letak sb lupa beli daun pandan)
  • Air secukupnya
  • 1 keping gula melaka (dipotong dadu)
  • 1 biji kelapa parut-putih sahaja
  • 1 sudu teh perisa pandan- yang ni Vivi tambahkan


Apa yang perlu dilakukan:
  1. Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna, garam dan perisa pandan sehingga menjadi doh.
  2. Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah-tengahnya.
  3. Sementara tu, jerang air dlm periuk. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yg mendidih. Bebola timbul apabila masak.
  5. Angat dan salutkan dgn kelapa parut.
  6. Sedia untuk dihidang.




1 Jul 2013

Karipap Lapis


Assalamualaikum n hi semua. After cuti dari berbengkel n cuti mc, ari ni patik masok opis. 1hb Julai rupanya ari ni. Mula la congak2 brape byk da achievement yg aku dah langsai utk taun ni. Tu pentingnya kena ada milestone & gantt chart lam aktiviti kerja. kalau idak, ke laut kot sb patik ni jenis kena selalu remind diri sndiri dengan buku catatan..alasan aku ni cepat lupa org nya.hehehehehe... 

sdg godek2 folder lam pendrive tjumpa pulak gmbr yg dh lama dsimpan tapi x pernah nak kongsi. ni kira entah kali ke berapa buat karipap, sb en.suami ni suka sgt dgn savoury dish sb tu selalu masak benda2 mcm karipap, cucur ikan bilis, udang untuk kudapan petang kami. Bkali bkala je masak benda2 manis sb vi sorang je yg sweet tooth kat rumah. Selalu buat karipap versi biasa2 je. Tapi ari tu buat karipap lapis/pusing. Pestaim jugak buat yg blapis2 ni. Alhamdulillah! menjadi. Bila gigit tu crunchy n mkn kena behave sb leh sepah2 lapisnya. Resepi aku direct copy n paste from bloggers masakan: Che Mat Gebu. Mohon share resepi kat sini ye, che mat. Terima kasih byk2 atas pkongsian resepi ni sb sedap sgt2. Untuk sape2 yg ingin menerai resepi ni n nak tahu teknik2 wat nye lapis2, sila pergi ke link mat gebu yg vi dh link kat bawah ni. 


Sumber resepi: Mat Gebu

Apa yang diperlukan:

BAHAN INTI :
  • 300 g kentang, kupas, cuci dan dadu kecil dan rendam
  • 1 tin ikan tuna, toskan (Vi gantikan dengan daging cincang yg direbus terlebih dahulu)
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*(*tumbuk lumat)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 5 - 6 helai daun kari, hiris halus
  • 2 camca besar rempah kari
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • Sedikit gula
  • Kicap cair secukupnya
  • 1 cawan air


BAHAN PASTRY :
A...
  • 260 g tepung gandum
  • 50 g margarine
  • 20 g gula halus
  • 1/4 camca teh garam
  • 140 ml air (kurang lebih)


B...
  • 180 g tepung gandum
  • 80 g lemak sayur (shortening)



CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK INTI :
  1.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, tambah rempah kari, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan tuna (vi guna daging) dan kentang. Tuang air dan biar hingga kentang empuk. Tambah sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan biarkan sejuk..


UNTUK PASTRY :
  1. Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
  2. Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.
  3. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
  4. Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.
  5. Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak seentak,goreng 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh dihidangkan....