29 Jul 2013

Kuih Melaka@ Onde-onde


Assalamualaikum n salam sejahtera semua. Ari ni da masok 20 ramadan. Moga kita semua bjumpa dgn malam LaialtulQadar dalam 10 malam terakhir ramadan tahun ini. In shaa Allah, amin. Minggu depan kami sekeluarga akan fly ke Sarawak celebrate ari raya aidilfitri kat kampung. Kali ni balik kampung vi. Alhamdulillah e- ticket dah dpt dari bendahari uni, terima kasih universiti bagi tiket free :). Terima kasih jugak buat dekan fakulti, Prof M.I bagi kelulusan bercuti raya.


Entri ni nak kongsi resepi buah melaka. ekceli kuih ni banyak gelaran nya. ada yg panggil kuih melaka, buah melaka dan onde2. Kalau kat sini guna gula melaka sbg inti. Tapi kat kampung vi d srwk, guna gula apong. Rasa tetap sama, color pung sama cuma tekstur beza sikit. gula apong lembut likat. Jom, jenguk resepi.


Sumber rujukan: Majalah Aroma (edisi Ogos 2011, m/s 66)

Apa yang diperlukan:
  • 1 bungkus tepung pulut (Vivi guna 1/2 bungkus sahaja)
  • 1 cawan tepung gandum (Vivi guna 4 sudu makan)
  • 1 sudu garam (Vivi guna 1/2 sudu teh)
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan (Vivi tak letak sb lupa beli daun pandan)
  • Air secukupnya
  • 1 keping gula melaka (dipotong dadu)
  • 1 biji kelapa parut-putih sahaja
  • 1 sudu teh perisa pandan- yang ni Vivi tambahkan


Apa yang perlu dilakukan:
  1. Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna, garam dan perisa pandan sehingga menjadi doh.
  2. Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah-tengahnya.
  3. Sementara tu, jerang air dlm periuk. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yg mendidih. Bebola timbul apabila masak.
  5. Angat dan salutkan dgn kelapa parut.
  6. Sedia untuk dihidang.




No comments: