28 Jul 2013

Biskut Kelapa Delima


Assalamualaikum. Penat nya, dari  khamis lepas KL-Kuantan. Pastu kul 10pagi tadi btolak balik Kuantan- KL. Sampai je rumah, terbongkang tido jap. Minggu depan da boleh cuti balik kampung. Seronok! Wat sekut siap2 kat sini, sb balik kampung nanti adik n kak ipar ajak  melapis kek pulak. 


Kalu sape2 pernah btandang ke belog lama vi, jgn terkezut nengok gmbr sekut yg sama 2011. Ni kes malas nak tonggang terbalik pikul kamera snap gmbr, jadi guna je la ye gmbr yg ada. Rupa bentuk sekut masih sama. Penat memandu tadi pung x abis lagi. Lagipun, tuan tanah tetap org yang sama. Jadi, x de isu plagiat di sini. :).

Sekut ni sekut nostalgia. walau bmcm jenis sekut2 muncul zmn moden ni, yg ni jugak mnjadi peberet vi selamanya. Terima kasih Che Mat Gebu atas perkongsian resepi. Izinkan vi kongsikan resepi d sini ek.

Disediakan oleh: sudukecil.blogspot.com
Sumber rujukan: Mat gebu

Apa yang diperlukan:

Bahan Utama:

  • 225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
  • 150 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 125 g gula aising
  • 75 g kelapa kering, kisar halus
  • 25 g serbuk badam
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 155 g mentega
  • pewarna kuning cair (yg ni vi masukkan) 


Untuk Hiasan:

  • Ceri merah, dipotong kecil
  • Kelapa kering
  • 1 kuning telur, untuk disapu (vi campurkan sikit dengan pewarna kuning)


Apa yang perlu dilakukan:

  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla + pewarna kuning cair, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

No comments: