Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

7 Aug 2014

KUIH RAYA HARITH KARI IKAN PAK WAI


Assalamualaikum... Let me introduce kuih raya Harith: yummy milk in the PPSU Pigeon bottle as well as peristaltic PLUS nipple. 
And this one is kari ikan pak wai (grandpa). Special menu prepared by me. Why special? Sb guna apa jer bahan yg ada d rumah...totally x follow resipi asal. I used asam keping instead tamarind; fish curry without tomato. Fortunately, had beans okra@ladies' fingers. Bersusah payah sis in-law went to her emak farm to pick it. Kalau x, nampak kosong la kari ikan ni. Berselera seisi rumah mkn. Misi bjaya! Sometimes less is more. Sekian, xoxo. 

17 Jun 2013

Salmon Bakar


Assalamualaikum & slmt tghari... ari ni kul 2pm nanti ada competency test utk baki2 group yang belum buat minggu lps. Moga smua student2 tu diberi ketenangan & lancar dlm test tsbt. Jadi aku buat quick entry ye. 

Dari minggu lps, nak makan salmon. Nak buat menu shashimi, tapi sebab stock wasabi mcm idup segan mati x mau je kuantiti nya dlm peti sejuk, terus btukar resepi...idak sanggup aku nak makan shashimi tanpa wasabi. Maka, menu penyelamat adalah bakar2. Buat sesape yg tak lalu makan salmon, pelan2 bljr ye. Dulu aku pung x lalu jugak. Aku start addicted makan salmon masa kat Jepung Nov 2011. Samon segar sedap! Kat M'sia salmon yg jual kat pasaraya sudah pasti kesegarannya kurang. Maka, kita harus bijak untuk handle bab cuci bersih2 n memasaknya, inshaa -Allah rasa hanyir ilang n bselera menjamu nya. Jom! layan resepi. Gambar ni gmbr lama dari belog lama aku yg satu tu. weekends tu malas le nak pikui kamera.  Belog lama masih function, cuma citer masak2 je dah beralih ke sini. yg lama tu utk citer bab kesihatan. 

  


Apa yang anda perlukan:

1. Bahan-bahan untuk salmon:

  • ikan salmon
  • bawang putih (ditumbuk)
  • halia  (ditumbuk)
  • minyak zaitun
  • serbuk oregano
  • serbuk cajun
  • serbuk rosemary
  • serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan perahan lemon
  • 1 sudu makan madu
  • 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan sos BBQ
  • secubit serbuk maggi secukup rasa
  • 1/2 sudu kicap

*Anggaran kuantiti bahan-bahan mengikut selera masing-masing. JANGAN terlebih bubuh serbuk rempah-ratus: cajun, rosemary dan oregano, cukup sekadar secubit sahaja. Serbuk rempah-ratus kering sangat pekat rasanya that can effect the taste of the food. *

2. Bahan-bahan untuk sos tomato:

  • sebiji tomato segar (dikisar/dicincang halus)
  • garam
  • lada hitam
  • lada putih
  • serbuk oregano*
  • serbuk cajun*
  • serbuk rosemarry*
  • cili kisar
  • 1 biji bawang holand (dihiris)
  • minyak zaitun

 *secubit kecil sahaja*



Apa yang anda perlu lakukan:

1. untuk salmon:

  1. Bersihkan ikan salmon dan keringkan.
  2. Lumurkan dengan minyak zaitun, serbuk rempah- ratus, bawang putih dan halia. Alih ke tepi dan biar seketika.
  3. Di dalam mangkuk kecil, masukkan sesudu minyak zaitun, jus perahan lemon dan madu. Kacau sebati.
  4. Kemudian, masukkan cili kisar, serbuk lada hitam, serbuk perasa maggi secukup rasa, sos BBQ dan kicap. Gaulkan.
  5. Setelah cukup rasa masin masam manis, sapukan/lumurkan pada ikan salmon tadi.
  6. Kemudian, biarkan sekurang-kurangnya 15 minit. Paling sedap, biar 1 jam di dalam peti sejuk untuk proses perapan.
  7. Kemudian, bakar ikan salmon tersebut sehingga masak.

2. Untuk sos tomato:

  1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali.
  2. Masukkan bawang holand dan goreng hingga lembut dan wangi.
  3. Kemudian, masukkan campuran garam, tomato (dikisar/dicincang), lada hitam, lada putih, serbuk oregano, serbuk cajun, serbuk rosemary dan cili kisar. Masak sehingga mendidih.
  4. Setelah ikan salmon panggang masak, curahkan sos tomato tadi pada permukaannya.


6 Jun 2013

Asam Pedas

Salam israk & mikraj buat semua...Ni kalu sape pernah bertandang belog saya yg satu lagi tu mesti perasan ada gambar ni kan kan... Sebab berniat nak buat belog khusus utk kumpul resepi yang aku masak, sebab tu le wujud nya blog ini. Belog yang lama tak tutup, still bukak... cuma resepi2 masakan aku angkut ke sini, belog lama tu lebih kepada info bisnes serbuk premium kolagen, biji aprikot n isi aprikot. Pendek kata, utk belog citer bab kesihatan.Jadi, kat sini tak de isu plagiarism ye. sebab owner belog sama :).
Disajikan oleh: Hannah Vi/VIVIE
Foto oleh: Mr. Azmie
Sumber rujukan resepi : 1. Mat Gebu
                                     2. Nani Rostam (Pemilik asal resipi)



Apa yang anda perlukan:

  • 500 g ikan (Azmie & Vivie guna ikan liko)
  • 1 biji terung
  • 2 biji tomato (setiap biji dibelah kepada 4 bahagian)
  • 20 tangkai cili kering yang siap direbus*
  • 5 biji buah keras*
  • 1/2 inci belacan* (*Bahan A dikisar/ditumbuk halus)
  • 10 biji halba
  • 1 tangkai daun kari (dilurutkan)
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1 cawan jus asam jawa
  • air secukupnya
  • garam dan gula (Ikut citarasa anda)
  • 5 biji bawang merah**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1 batang serai** (dihiris)
  • 1 inci kunyit hidup** (**Bahan B dikisar/ditumbuk halus)
Apa yang anda perlu lakukan:
  1. Cuci ikan kemudian perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah dua dan hiris serong (3 bahagian) untuk setiap belahan. Rendam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halba dan daun kari hingga harum. Masukkan bahan kisar/tumbuk **B dan tumis hingga wangi. Tambah bahan kisar/tumbuk *A dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Tuang jus asam jawa dan tambah air secukupnya. Kacau mendidih sekejap kemudian masukkan daun kesum diikuti ikan. Biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan terung (toskan daripada air rendaman). Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  4. Akhir sekali, masukkan belahan tomato, masak sekejap, rasa dan jika OK boleh matikan api.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.