28 Jun 2013

Ayam Masak Halia


Assalamualaikum dan Salam Jumaat Sayyidul Ayyam buat semua... Vi masih cuti lagi. Alhamdulillah hari ni beransur pulih dari sakit2, cuma batuk tu blm ilang. Ni nak kongsi resepi simple ayam masak halia. Elok utk mnuju ke arah hidup sihat sb byk guna halia. Kalu rase badan byk angin n sukar benor nak mbuang angin n toksik tu, meh terai le resepi ni. Vi suka makan halia yg dihiris halus2/nipis2 utk menu ni. Makan dgn nasik panas, mmg sedap! Jom, nengok resepi. 

Resepi: sudukecil.blogspot.com


Apa yang diperlukan:
  • 500 gram ayam (siang, basuh dan toskan)
  • 2 inci halia (dihiris nipis2)
  • 4 ulas bawan putih (dihiris nipis2)
  • 3 sudu sos tiram
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam (kalu sos tiram cukup masin, so tak yah bubuh garam)
  •  4 titik minyak bijan
  • 5 biji cendawan butang (dibelah 4)

Apa yang perlu dilakukan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Kmudian, tumiskan baang putih dan halia sehingga naik aroma wangi.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Biarkan ayam tu masak dalam kondisi separuh masak.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram & kacaukan. gaul hingga rata.
  4. Masukkan air, diikuti cendawan butang.
  5. Biarkan ia masak & jgn lupa kacau2 kan. Masak sehingga air nampak kering. If nak bkuah, tambah air sikit.
  6. Apabila sudah masak & kelihatan empuk, masukkan 4 titik minyak bijan. Kacau sebati. Minyak bijan jgn bubuh banyak, nanti rasa muak. Cukup kuantiti 4 titik sahaja utk menbangkit selera & aroma.
  7. Selepas itu, rakan dahulu, jika cukup masin, tutup api.
  8. Hidang dengan nasi panas. 

No comments: