Assalamu'alaikum. Malam ni mlm saturday night fever kato org bandar. plan nak masak ape?duk umah ke mkn kat luor? Ttiba teringat ari tu K.Dini tanya pasal bonito flakes n resepi tofu stew. ekceli dh lama jugak vi x masak2 tofu stew ni. yg ni angkut dari belog lama. ujong minggu ni nak masak. ari ni x mampu sb baru perasan bonito flakes da abes. bonito flakes vi selalu beli kat jusco, ade tulis tulisan jepun. sumber halal. Nanti k. Dini singgah jusco, carik kat section brg2 japanese food tau. belek satu2. rupa bonito flakes tu sila skrol ke bwh. lebih kurang mcm tu.
Asal resepi ni dari Korea dgn nama Soondubu Jigae. maksudnya soft tofu stew. Tapi utk resepi ni versi vi sendiri. Ikut bahan2 yg ada & senang nak dpt kat M'sia. Menu ni sesuai sbg side dish. Slurrp slurrp sedap! Jom, intai resepi kot2 ada peminat k-pop nak menerai lepas ni. Abaikan gmbr ikan talapia goreng sblh tu. Tu hidangan masa mkn tofu masa tu.
Resepi: sudukecil.blogspot.com
Apa yg diperlukan:
- 1 sudu kecil bonito flakes
- 1 sudu kecil rumpai laut (kepingan yg dicarik2)
- 3 biji bawang merah (1 biji dihiris nipis utk proses buat stok rebusan & 2 biji dcincang halus untuk proses mnumis)
- 4 ulas bwg putih (3 ulas dketuk utk proses buat stok rebusan & 1 ulas dicincang halus utk proses mnumis)
- 3 keping cendawan shitake kering
- 2 batang crab sticks (potong/hiris)
- 2 biji fishcake (potong 2)
- 4 biji sakura tomato (potong 2 bhgn))
- 1 tofu lembut (potong 4 bhgn)
- 3 sudu makan pes cili giling
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1/2 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 biji telur ayam
- garam secukup rasa
Apa yg perlu dilakukan:
- Gunakan suhu api low medium sb proses stew guna api kecik je. Masukkan 4 cawan air ke dalam periuk, kmudian masukkan bonito flakes bsama rumpai laut.
- Masukkan 1 biji bawang merah,3 ulas bwg putih, cendawan shiitake dan reneh dgn api kecik sehingga mdidih.
- Lepas tu, angkat stok stew tersebut dan tapiskan. Kita guna air stok & cendawan shiitake sahaja utk proses seterusnya.
- Asingkan cendawan shitake dari air stok stew tersebut. Hiris cendawan tersebut ke hirisan nipis2.
- Kmudian, panaskan minyak zaitun dlm belanga yg berasingan.
- Tumis bwg merah + bwg putih yg dicincang halus. Tumis shingga wangi.
- Kmudian, masukkan crab stick dan hirisan cendawan shiitake, gaul rata.
- Masukkan pes cili giling dan gaulkn hingga rata.
- Selepas itu, masukkan air stok stew yg dibuat mula2 tadi.
- Masukkan sos ikan, gaulkan.
- Masukkan fishcake, sakura tomato dan juga tofu. kacau perlahan2 utk bbrapa minit.
- Pecah dan masukkan telur. Masukkan minyak bijan kmudian gaul rata.
- Perasakan, cukup rasa masin, tutup api & hidangkan.
rupa paras bonito flakes. Image dr google.
No comments:
Post a Comment