27 Jun 2013

AKEPT, Bandar Enstek


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... hampir seminggu aku mghilang. ke mana? Berbengkel 3H2M kat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Bandar Enstek, Nilai. Bunyi mcm dekat, kat Nilai je. Tapi, bila drive ke sana jauh juga nak masok ke dalam. SyukurAlhamdulillah, aku btolak awal pagi sb budget sesat punya..hehehehehe. Hari tu navigator dlm keta bagi kerjasama yg bagus, so aku sampai ke destinasi dengan tepat tanpa sesat. After abis je bengkel tu, esok nya awal pagi aku terbang ke Kuching pulak atas urusan kerja & juga menjenguk orang tuaku di sana. Kemudian balik KL lagi, sampai je kat KLIA aku cium bau asap2 gitu. Jerebu tebalnya! Esoknya aku demam sampai la ni batuk2 rasa nak roboh tulang rusuk ditambah pakej lengkap sakit mata... dugaan tul bulan ni. 

Entri ni nak sembang2 pasal tempat nama AKEPT. aku pestaim jugak sampai sini. Mula2 bahagian akademik Uni cakap stay kat hostel. Hostel??? terbeliak semua bijik mata terangkat cuping telinga para lecturer dengar. Duk hostel tuuu! Bukan hotel ye! Aku dh imagine zaman school aku dulu2, duk hostel katil single dengan bantal tilam keras mcm batu, mandi kemban (hamboi sensored) ramai2 ngn kwn2 kat empayan, sidai baju ramai2 kat koridor. pastu p dewan makan bawak tray n  cawan plastik. Sangkaan kami meleset beramai2. Sebab tempat bernama AKEPT ni, ya ampun CANTIK giler! Nama je hostel tapi penginapan & perkhidmatan taraf HOTEL! tinggal swimming pool je tak de..sb tu tak penting...ekekekeke...tak de masa nak renang2 sakan sb tu tempat utk bbengkel/bkursus/berinduksi ye tuan2 n puan2...


Ruang penyimpanan pakaian...


scenery ruang legar hostel dan jugak pintu masuk bilik tempat nginap


katil yang empuk, selimut yang tebal, air-conditioner yg sejuk boleh bikin mata sukar bangun pagi sb sedap sgt baring atas ni.


ruang rehat. Blkg tu jendela besar. Aku dpt bilik ngadap kolam ikan. 


tempat simpan reta karun yg diangkut sekali spjg berbengkel.  Utk ibu2 yg simpan stok perahan susu, usah risau sb peti sejuk ada. Baldi n selipar jepung pung ada. Tak yah susah2 bawak iron n hair dryer dari rumah. Sebab semua AKEPT sediakan. 


Kalu terlebih rajin, nak bjaga malam siapkn kerja sila stay up kat meja ni. Lampu study ada.

yang ini tivi wajib ada. Wah! sayang AKEPT sgt2. Dpt peminat setia citer teduhan kasih layan episode tanpa tertinggal sesaat pung. 


drinking water, kopi n teh juga  disediakan. Tapi kat sini mmg kompom tak kebulur. Tapi aku risau berat badan naik sb kerja asyik makaaaan je. Sehari makan 6 kali! menu sedap2 pulak tu. Dewan makan mcm taraf hotel. Semua tak mau balik...hehehehehe


Bilik air..mmg superb. Tandas bersih. Housekeeping setiap ari dtg kemas bilik, tukar tuala tambah apa yg patut.  Jadi, pasni, sape2 yg nak p AKEPT jgn takut. Tempat tu selesa sgt2. Bagi yg ada anak kecik, boleh je bawak anak2 n penjaga/suami. Dengan syarat, pihak Uni kamu kena mohon kebenaran. 

Itu saje coretan ari ni. Kebetulan line ternet yg mcm chipsmore ni ttiba ok time ni, cpt2 aku update belog. Ok, saya mau baring jap. mata ku masih sakit. Dah macam zombie rupa bijik mata merah ni. Wassalam. 

No comments: