gambar diangkut dari belog lama saya...
Sebelum siap2 nak masuk tido, elok aku update belog dulu. Tido awal kengkonon esok nak bangun awal, p opis awal sb nak langsaikan tugasan buat buku practical book utk kegunaan semester depan. Esok kena siap jugak! chayok utk diri-sendiri. Tadi layan citer teduhan kasih. Pergghh...tak sabar tunggu saat ehsan n iffa disatukan sah sbg suami isteri. Geram giler nengok watak ayu, kak long, mak tiri n ryzal dlm citer tu. Apa2pun, memang thumb's up utk semua pelakon yg mmg superb bawak watak masing2.
Ok, meh nak kongsi resepi pancake ni. Kot2 ada sesape nak masak pancake pepagi utk sarapan. Ni yg paling basic ni. Sonang je. Sedap dimakan bsama limpahan madu, susu. Lain hari, vi share jenis pancake yg lain pulak,k.
Resepi: sudukecil.blogspot.com
Apa yang anda perlukan:
- 3 biji telur ayam (gred A)
- 1 tin susu cair/ susu segar
- 454 gm tepung halus/tepung gandum * (diayak sebelum digunakan)
- 170 gm gula kastor
- 3 sudu teh (sudu kecil) serbuk penaik = baking powder
Apa yang anda perlu lakukan:
- Pecah dan masukkan telur ke dalam mangkuk.
- Kemudian, masukkan susu ke dalam mangkuk tersebut dan pukul gabungan susu dan telur sehingga gebu dan sebati.
- Di dalam mangkuk berasingan, gaulkan bersama bahan kering iaitu tepung, gula kastor dan serbuk penaik dengan menggunakan garfu sehingga sekata.
- Kemudian, masukkan semua bahan kering tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur+susu tadi.
- Pukul dan putar adunan sehingga kelihatan lembap, sekata dan licin. Do not overbeat!
- Kemudian, ketepikan dan biar seketika selama 30 minit- 1 jam. Kami biarkaan adunan tersebut selama 1 jam untuk membenarkan tindakbalas serbuk penaik pada adunan tersebut.
- Setelah 1 jam, gaulkan sekali lagi adunan dengan sudu makan. Gaul sekata. Jika adunan terlalu likat pekat, campurkan dengan sesudu susu cair sahaja. (adunan yang kami buat tempoh hari tidak memerlukan campuran susu lagi kerana sudah cukup tepat kepekatannya).
- Panaskan kuali leper (frying pan) atau serabi (griddle) pada suhu api yang sederhana.
- Bungkuskan seketul kecil mentega dengan tisu dapur, kemudian sapukan permukaan kuali leper dengan mentega tersebut.
- Setelah cukup panas, letakkan sesudu makan adunan tadi ke atas kuali leper. Adunan tersebut akan mengembang lebar. Biarkan ia seketika.
- Apabila permukaan pancakes tadi menghasilkan gelembung/pori-pori dan kelihatan kering, gunakan spatula untuk menterbalikkan ke permukaan seterusnya. Biarkan ia cukup masak untuk kedua-dua permukaan iaitu menghasilkan warna kuning keemasan.
- Seterusnya, ulang langkah yang sama untuk memasak pancake seterusnya.
- Hidang ketika panas untuk rasa yang enak.
2 comments:
Vi,
boleh tak nanti vi tunjukkan di blog ni, macam mana rupanya fish flakes tu? Dengan bungkusan lah. Akak selalu makan benda tu bila beli tako tao.....tpi cari di jusco tidak pernah ketemu....ke sebab bungkusan sumer bahasa jepang so terlepas pandang....heheheh...akak teringin nak buat sup yg vi pernah buat dulu dlm blog lama letak fish flakes.....nanti letak sekali resepi tu di blog ini jugak eh.....tengkiu
Dear kak dini:
sori lambat respon, kak. Vi cuti dari last week.
In shaa Allah, next entri vi share pasal fish flakes n the recipe. Kat jusco kompom ada, kak. bungkusan nya tulis bahsa jepung :)
Post a Comment