24 Jul 2013

Sambal Kedondong


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ari ni genap 15 Ramadan, phase 2 utk bulan yang mulia ini. Kali ni nak kongsi menu yang paling simple. Elok untuk dijamu sbg pembuka selera. Jangan kecur air liur pulak nengok gambar ni. Kawal napsu ye tuan2 dan puan2.


Ekceli dah lama buat sambal kedondong ni. ni gambar masa balik kampung tahun lepas. Godek2 folder lama lam portable hardisk terjumpa gmbr2 ni. Kedondong tepi kuarters adik sgt subur. Buah nye besau2 belaka. Sb tu kalu balik kampung mesti singgah kuarters adik untuk pekena buah tsbt. Jom, kita nengok kaedah2 utk membuat sambal kedondong ekot my adik style.


Mula2, bersih, kupas dan belah buah tersebut. Kemudian, tumbuk separa lumat dalam lesung batu.


Pastu, tumbuk pulak bahan2 spt belacan, cili padi/cili api, dan ikan bilis. Bila bahan2 tu nampak lumat, masokkan hasil tumbukkan pertama tadi untuk ditumbuk manja2 gitu n digaul dgn bahan2 belacan.


Kemudian, letak dalam mangkuk. Kalau rasa kurang masin tambah la garam. Kalau nak rasa lagi kick, tambah sikit gula sbg pembangkit selera then gaul2kan.. Tapi jgn byk sgt, kang terlebih manis pulak jadinya. Kuantiti bahan2 vi tak tulis dalam entri ni. Sb kuantiti tu ikut suka korang. Itu saje, wassalam :).

No comments: