Jumaat lepas, merasmikan oven baru dgn menyediakan juadah mudah: ayam bakar rosemary. Resepi sgt mudah, main campak-campak gitu. Saya jarang ikut kuantiti bahan2 spt dlm buku resipi, selalu pandai2 adjust kuantiti sb masak based on ingredients yg ada dlm gerobok dapur & semestinya ikut citarasa sendiri. If suka manis, lebihkan sumber manis and sebaliknya. Bawah ni resepi yg nya. Resepi ikut bahan apa yg ada kat dapur. Hehehe...
Bahan-bahan:
Ayam
6 ulas bawang putih, ditumbuk/dkisar
1 inci halia, ditumbuk/dikisar
Daun rosemary (if guna daun segar: 1 sudu kecil; if guna daun kering: 1/2 sudu kecil)
Daun tyme (optional, tapi ada daun ni lagi bertambah aroma n enak ayam panggang nya)
Serbuk Lada hitam
SerbukLada putih
Serbuk kunyit
Kicap manis
Brown sugar (anggaran 2 sudu makan)
Garam
Serbuk maggi secukup rasa
Olive oil
Kentang (potong bentuk cube dlm saiz sederhana)
Carrot (potong memanjang)
Bawang ( potong saiz sederhana)
1. Mula2, lumur ayam ngn minyak zaitun n kunyit then put a side. Vi suka lumur ayam tu dgn minyak zaitun byk sb minyak zaitun byk khasiat compare with butter.
2. Tumbuk bawang putih, halia dlm lesung. Then masukkan daun rosemary segar n daun tyme segar ( yg siap dicincang halus) ke dalam lesung. Masukkan juga lada hitam dan lada putih, garam secukup rasa ke salam lesung then gaulkan. Bahagikan kepada 1/3: utk digaul kat kentang,bawang holland n carrot. Manakala 2/3: utk digaul kat ayam.
3. Gaulkan 2/3 bahan tumbuk tadi kat ayam, gaul2 sekata. Kemudian, masukkan kicap manis, brown sugar, perencah maggi secukup rasa. Gaul rata. If kurang masin, tambah sedikit garam. Ikut cita rasa masing2.
4. Then perap ayam tersebut dalam masa 10- 20 mins.
5. Lebihan bahan tumbuk 1/3 tadi, sila lumur gaulkan sekata kat campuran kentang, carrot n bawang holland. Perap dlm bekas berasingan dgn ayam.
6, after proses perapan, susun ayam dlm dulang oven. Oven saya lapik dgn kertas minyak spy ayam x melekat kat dulang. Campuran kentang, carrot n bawang pula kita susun kat tepi2 ayam tadi. Dlm dulang oven yg sama ye.
7. Bakar dlm oven dlm suhu 170- 180 dlm masa anggaran 45-60 mins (proses bakar ni bergantung ngn oven korang. Kang vi cakap 60 mins tetapi oven kalian jenis cepat panas, x pasal2 ayam rentung. Wakakaka). Oven sy bakar guna masa 50 mins dh well cooked. Tips nak tahu ayam dh well cooked: hiris/cucuk isi ayam tersebut utk check dh masak ke blm. Then, luaran nya kuning keemasan. Bukan kuning kehangusan. Heheheehhe...
8. Minyak lebihan dlm dulang oven tu jgn buang, sedap itu dicampur utk sos cicah.
No comments:
Post a Comment