Lokasi: Teapot Deli SACC Mall |
Assalamualaikum semua...tempat kerja adalah lubuk rezeki. Di mana saya sangat berharap rezeki yang saya raih di lubuk rezeki tersebut merupakan rezeki yang berkat. Rezeki yang berkat, walaupun kuantiti nya sedikit tetapi nikmatnya menggunung tinggi dan lazatnya sehingga kita terasa lapang nya dada. Moga semua yang kita kecapi adalah di bawah rahmat Allah.
Makan time bersama rakan sekerja :) |
Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit. Rezeki itu juga berbentuk pasif iaitu bahagia. Selain kebahagiaan berumahtangga, kita juga berharap mendapat kebahagiaan di tempat kerja. Suasana yang kondusif dan bertolak ansur. SubhanaAllah! sungguh beruntung sekiranya kita memiliki rakan sekerja yang sangat positif. Makan bersama, bertugas bersama, dan sentiasa saling maaf memaaf.
Moga saya terus ditempatkan di kalangan rakan sekerja yang positif. Tetiba teringat dengan kata-kata seorang sahabat berkenaan "HABLU MINALLAH WA HABLU MINANNAS'. Beliau kata HabluminAllah itu senang sebab Allah Maha pengampun, Allah Maha pengasih, Allah Maha Penyayang. Tapi Hablu Minannas sukar sebab sesetengah manusia ego, iri hari, degil, keras hati, berdendam, suka mengungkit, suka bergosip tanpa solusi yang baik.
Yang paling saya ingat pesanan hubs setiap kali pergi kerja "ingat..cari rezeki berkat. Jangan sesekali terlibat dalam konspirasi menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Sebab kalau kita berbuat demikian, periuk nasi kita juga kotor kerana tiada keberkatan dalam menganiaya hamba Allah yang lain."
No comments:
Post a Comment