Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

1 Mar 2015

Ayam panggang rosemary

EAssalamualaikum... Skrg payah nak update blog. Selain sibuk btugas d lubuk rezeki yg Allah kurniakan, sy pun sibuk meluangkan masa bersama anak yg cepatnya membesar! Seronok nya melihat harith yg sgt aktif dan ceria :)

Jumaat lepas, merasmikan oven baru dgn menyediakan juadah mudah: ayam bakar rosemary. Resepi sgt mudah, main campak-campak gitu. Saya jarang ikut kuantiti bahan2 spt dlm buku resipi, selalu pandai2 adjust kuantiti sb masak based on ingredients yg ada dlm gerobok dapur  & semestinya ikut citarasa sendiri. If suka manis, lebihkan sumber manis and sebaliknya. Bawah ni resepi yg nya. Resepi ikut bahan apa yg ada kat dapur. Hehehe... 

Bahan-bahan:

Ayam
6 ulas bawang putih, ditumbuk/dkisar
1 inci halia, ditumbuk/dikisar
Daun rosemary (if guna daun segar: 1 sudu kecil; if guna daun kering: 1/2 sudu kecil)
Daun tyme (optional, tapi ada daun ni lagi bertambah aroma n enak ayam panggang nya)
Serbuk Lada hitam
SerbukLada putih
Serbuk kunyit
Kicap manis
Brown sugar (anggaran 2 sudu makan)
Garam 
Serbuk maggi secukup rasa
Olive oil
Kentang (potong bentuk cube dlm saiz sederhana)
Carrot (potong memanjang)
Bawang ( potong saiz sederhana)


1. Mula2, lumur ayam ngn minyak zaitun n kunyit then put a side. Vi suka lumur ayam tu dgn minyak zaitun byk sb minyak zaitun byk khasiat compare with butter. 
2. Tumbuk bawang putih, halia dlm lesung. Then masukkan daun rosemary segar n daun tyme segar ( yg siap dicincang halus) ke dalam lesung. Masukkan juga lada hitam dan lada putih, garam secukup rasa ke salam lesung then gaulkan. Bahagikan kepada 1/3: utk digaul kat kentang,bawang holland n carrot. Manakala 2/3: utk digaul kat ayam. 
3. Gaulkan 2/3 bahan tumbuk tadi kat ayam, gaul2 sekata. Kemudian, masukkan kicap manis, brown sugar, perencah maggi secukup rasa. Gaul rata. If kurang masin, tambah sedikit garam. Ikut cita rasa masing2. 
4. Then perap ayam tersebut dalam masa 10- 20 mins. 
5. Lebihan bahan tumbuk 1/3 tadi, sila lumur gaulkan sekata kat campuran kentang, carrot n bawang holland. Perap dlm bekas berasingan dgn ayam. 
6, after proses perapan, susun ayam dlm dulang oven. Oven saya lapik dgn kertas minyak spy ayam x melekat kat dulang. Campuran kentang, carrot n bawang pula kita susun kat tepi2 ayam tadi. Dlm dulang oven yg sama ye. 
7. Bakar dlm oven dlm suhu 170- 180 dlm masa anggaran 45-60 mins (proses bakar ni bergantung ngn oven korang. Kang vi cakap 60 mins tetapi oven kalian jenis cepat panas, x pasal2 ayam rentung. Wakakaka). Oven sy bakar guna masa 50 mins dh well cooked. Tips nak tahu ayam dh well cooked: hiris/cucuk isi ayam tersebut utk check dh masak ke blm. Then, luaran nya kuning keemasan. Bukan kuning kehangusan. Heheheehhe... 
8. Minyak lebihan dlm dulang oven tu jgn buang, sedap itu dicampur utk sos cicah. 



Alhamdulillah... Siap sedia untuk dimakan. Xoxo.


28 Nov 2014

Ayam Masak Merah Maggi



Assalamualaikum n hai... Hari ni saya ambil cuti tahunan. Baki cuti tahunan masih banyak sebab jarang ambil cuti dan lagipun tahun ini dapat cuti "special" sb cuti materniti selama 3 bulan. Cuti materniti tu saya guna sebaiknya utk berpantang sambil bercuti di kampung. Alhamdulillah.. Nikmat daripada Allah.

Sebab sedikit lapang, maka saya cuba masak sajian kegemaran suami. Kali ini lain sikit bahan-bahan dan cara nya: saya guna perencah ayam masak merah maggi! Dh lama beli perencah tersebut, beli sekadar suka-suka. Semalam baru perasan yang tarikh luput kian hampir. Sebab tak nak membazir, maka saya gunakan untuk mengolah santapan kami bersama tengahari tadi. 

Bahan-bahan:
• 500g ayam (potong saiz sederhana, bersih dan toskan)
• serbuk kunyit
• 2biji bawang merah kecil (dihiris)
• seulas bawang putih (dihiris)
•1sudu makan pes cili kisar
• 1 peket serbuk perencah ayam maggi
• 1/4 cawan air
• 50gram susu sejat/cair/santan kotak
• 2 ulas daun pandan (diikat)
• sebiji bawang holand (dipotong bulat)
• 2 biji tomato (belah 4)
•minyak masak secukupnya

Cara memasak:
1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam tersebut separa masak.
3. Panaskan minyak. Kemudian, tumiskan daun pandan, bawang merah n putih sehingga beraroma wangi.
4. Masukkan pes cili kisar dan kacau dgn api sederhana hingga pecah minyak.
5. Masukkan perencah ayam masak merah perisa maggi(sebelum tu, gaulkan serbuk perencah bersama 1/4 cawan air)
6.gaul hingga rata dan wangi.
7.Masukkan susu sejat/cair/santan, gaul dgn sekata.
8. Masukkan ayam goreng. Gaul sekata hingga masak. Kalau kering sgt, tambah sedikit air.
9. Kmudian, masukkan bawang holand bersama tomato dan gaul sekejap. 
10. Hidangkan. Selesai. 

P/s: tak perlu tambah garam sb perencah tu dah cukup rasa. Dah sedia ada masin. Saya tambah sedikit gula untuk meningkatkan rasa yang sedap! Xoxo

10 Aug 2014

AYAM MASAK MERAH



Assalamualaikum...

Since first day of raya, hubs request ayam masak merah. But i kept delaying it due to baby harith kuat meragam masa raya. X menyempat nak spend masa di dapur. Hubs kureng sikit mkn curry. 

Today morning, i cooked his fav menu before he take off to KL. Berselera beliau mkn. Next week me and harith blk kl. I m gonna start my duty on next monday. Oh sunyi nya... Blm 24jam berjauhan with hubs, me and harith dh rindu kat abah. Ok, here i m wanna share simple recipe with u. Giler simple! I m sure u are gonna succeed to prepare it. 

Prepared by: sudukecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong sederhana saiz nya (tadi i guna bhgn suku ekor je)
10 biji bawang merah (india) - kisar
6 ulas bawang putih - kisar 
2 batang serai - kisar
1 biji bawang holand- kisar
1 senduk cili giling
rempah tumis - 4 sekawan
1 senduk minyak masak
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
garam dan gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
1 biji bawang holand- dihiris bulat2.

Cara-cara:
•Basuh ayam bersih, gaulkan dgn garam dan kunyit dan goreng setengah masak. Angkat dan toskan.

•Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan bersama bahan-bahan kisar hingga naik aroma wangi.

• Kemudian, masukkan cili giling.,Masak hingga naik minyak, barulah masukkan sos cili, dan sos tiram. Kacau kuah hingga kelihatan pekat.

•Masukkan garam, gula dan serbuk perasa ajinomoto jika suka dan biarlah ia menepati citarasa.

•Barulah masukkan ayam dan gaulkan hingga sekata antara kuah dan ayam. Kemudian, masukkan hirisan bulat basang holans. Siap untuk dihidangkan.

P/s: rindu hubs sgt2.



28 Jun 2013

Ayam Masak Halia


Assalamualaikum dan Salam Jumaat Sayyidul Ayyam buat semua... Vi masih cuti lagi. Alhamdulillah hari ni beransur pulih dari sakit2, cuma batuk tu blm ilang. Ni nak kongsi resepi simple ayam masak halia. Elok utk mnuju ke arah hidup sihat sb byk guna halia. Kalu rase badan byk angin n sukar benor nak mbuang angin n toksik tu, meh terai le resepi ni. Vi suka makan halia yg dihiris halus2/nipis2 utk menu ni. Makan dgn nasik panas, mmg sedap! Jom, nengok resepi. 

Resepi: sudukecil.blogspot.com


Apa yang diperlukan:
  • 500 gram ayam (siang, basuh dan toskan)
  • 2 inci halia (dihiris nipis2)
  • 4 ulas bawan putih (dihiris nipis2)
  • 3 sudu sos tiram
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam (kalu sos tiram cukup masin, so tak yah bubuh garam)
  •  4 titik minyak bijan
  • 5 biji cendawan butang (dibelah 4)

Apa yang perlu dilakukan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Kmudian, tumiskan baang putih dan halia sehingga naik aroma wangi.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Biarkan ayam tu masak dalam kondisi separuh masak.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram & kacaukan. gaul hingga rata.
  4. Masukkan air, diikuti cendawan butang.
  5. Biarkan ia masak & jgn lupa kacau2 kan. Masak sehingga air nampak kering. If nak bkuah, tambah air sikit.
  6. Apabila sudah masak & kelihatan empuk, masukkan 4 titik minyak bijan. Kacau sebati. Minyak bijan jgn bubuh banyak, nanti rasa muak. Cukup kuantiti 4 titik sahaja utk menbangkit selera & aroma.
  7. Selepas itu, rakan dahulu, jika cukup masin, tutup api.
  8. Hidang dengan nasi panas. 

14 Jun 2013

Sup Campur


Assalamualaikum and salam Jumaat Sayyidul Ayyam. Pagi2 dah sampai opis, sebab ari ni nak fokus buat practical guide book untuk budak2 semester depan. Kena siap jugak minggu ni sebab ari Rabu sampai Jumaat depan nak go through  proses pemurnian untuk hasil buku2 tu. Ok, bbalik pada resepi. Resepi ni aku buat bila time anak tekak tak bnapsu nak nasik. Napsu nak slurrp slurrp soupy soupy je. Sup ni sederhana pekat, tak cair & tak le pekat sgt. ala2 soup sharfin soup, tapi yang ni x da sharkfin. yang ni vi guna ayam yg dcarik2. Jom! nengok resepi. Resepi dalam bahsa omputeh... sb vi tulis resepi dalam bahasa tu masa kat belog lama. Malas  nak translate, translate sendiri la ye...tak pung, guna pkhidmatan google translate spenuhnya baru bbaloi2! ;)



What do you need:
  • 3 shallots/ red onions (sliced)
  • 1 clove of garlic (sliced)
  • 1 inch of ginger (sliced)
  • 3 tablespoons of oil (for frying purpose)
  • 1 small pot of chicken stock (*refer to the below ingredients)
  • 1 stick of crab stick (sliced)
  • 5 fish balls
  • A handful of chicken (the fillet that we used to make the chicken stock. Shredded)
  • 5 fresh Chinese mushroom (sliced)
  • A handful of Su'un
  • 1 teaspoon of pepper (mixed black+white)
  • Salt (amount depends on your own taste)
  • 1 teaspoon of chicken seasoning powder
  • 1 stick of Japanese tofu (sliced)
  • 2 tablespoon of corn flour (blended with water)

*CHICKEN STOCK
  • 200 grams of chicken breast
  • 2 cloves of garlic (bruised)
  • 1 slice of ginger (bruised)
  • 1 teaspoon of Hainan chicken rice paste
  • A small pot of water


What  you have to do:
CHICKEN STOCK-Boils the water and chicken breast until it is fully cooked. don't forget to put in the garlic,ginger and Hainan chicken paste.

  1. Heat the oil on another pot. Fry the ginger, garlic and shallot until fragrant.
  2. Put in chicken stock and stir it for a while.
  3. Add in the crab stick, fish ball, shredded chicken and chinese mushroom and stir it until boil.
  4. Add in the pepper, chicken seasoning powder and salt. Stir and taste it.
  5. If the taste is OK, add in the su'un and Japanese tofu, stir it.
  6. Then, add in the blended corn flour to thicken the soup.
  7. Serve hot.


7 Jun 2013

Ayam Kukus


Masih dalam proses ngangkut resepi dari belog lama. Resepi ni memang saya simpan ketat2 pasal resepi ni ler saya gunapakai time zaman berdiet dulu2. Sesuai banget untuk berdiet! Jom layan resipi. Resepi dalam bahsa org puteh, malas nak translate...translate sendiri la ye...hehehhehehe.

Resepi: sudukecil.blogspot.com
Foto: Mr.& Mrs. Nurulazmi


What do you need:
Ingredients A

  • 3 tablespoon of sesame oil
  • 1 tablespoon of pepper (mixed white and black pepper)
  • 1 tablespoon of medium sweet soy sauce
  • 1 tablespoon of sugar
  • 4 tablespoon of water 

*Since the pepper is salty, therefore I didn’t put any salt in this recipe.

Ingredient B

  • 1 dish of chicken (chicken fillet and wing)
  • 1 stick of Japanese tofu (sliced)
  • 5 of Fresh Chinese mushroom (sliced)
  • 2 Chilli padi (sliced)
  •  Onion leaves (sliced)


What do you need:
INGREDIENT A- Heat the sesame oil and fry the pepper, sugar and medium sweet sauce until fragrant. Add in water and stir it.

INGREDIENT B- Places the chicken pieces in the middle of the plate and surround with the fresh Chinese mushroom and Japanese tofu. Spread the ingredient A on the top of the chicken. Steam the chicken over boiling water for 20 minutes, making sure it is thoroughly cooked. After cook, sprinkle the onion leaves and chilli padi on it.

Sup Ayam



Assalamualaikum, salam Jumaat penghulu segala hari. Ni masih dalam proses mengangkut dan memungah gambar2 dari belog lama ke belog baru. Tetiba terclick gambar ni, terus teringin nak masak sup ayam untuk En.suami tercinta. Jom! Layan resepi.


Resepi: sudukecil.blogspot.com
Foto: Mr. &Mrs. Nurulazmie
serves: 1-3 person

Apa yang diperlukan:

  • ayam (saya guna bahagian kepak dan isi ayam, stlh dibasuh lumur dgn serbuk lada putih & hitam)
  • secubit lada putih -dilumur pada ayam
  • secubit lada hitam-dilumur pada ayam
  • 1 inch halia -diketuk
  • 2 biji bawang merah (saiz bsr) -dihiris
  • 3 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 btg kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 peket sup bunjut adabi
  • Air secukupnya (untuk membuat kuah sup) -kuantiti terpulang kpd anda
  • 3 sudu makan minyak (saya guna 1 sudu minyak masak + 2 sudu minyak zaitun)
  • 1 sudu kecil serbuk rempah sup
  • 1 sudu kecil perisa ayam knor
  • 1/2 sudu kecil garam (terpulang kepada citarasa anda)
  • 1 biji kentang -dikupas kulit & dibelah 4.
  • 1/2 biji tomato- dipotong
  • 1/2 peket kecil cendawan enoki -dipotong akar
  • 1/2 btg lobak merah -dipotong bulat/bentuk bunga

Apa yang perlu dilakukan:

  1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kentang dan sup bunjut ayam dan biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bwg merah,bwg putih dan halia hingga wangi.
  3. Kemudian, masukkan ayam. kacau seketika dgn cepat. jgn sampai ayam tersebut masak.
  4. Masukkan semua bahan dalam kuali tadi ke dalam periuk yang berisi air, sup bunjut & kentang tadi. Kacaukan dan biar hingga mendidih.
  5. Masukkan serbuk rempah sup, serbuk perisa ayam knorr dan garam. kacau seketika.
  6. Masukkan lobak merah dan biar seketika - 5 minutes.
  7. Masukkan cendawan enoki dan tomato. Kacau seketika- 2 minutes.
  8. Selesai.