Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

2 Jul 2013

Cendawan Masak Kuah Kunyit Bercili Api


Hamboi! panjang nya tajuk masakan. Tajuk tu je yg tpikir masa mnaip ni. Selalu kalau ada cendawan tiram putih lam peti sejuk, cepat je tgn ni nak masak sup sayur kalau tak pung goreng celup tepung. Tapi kali ni buat cara lain pulak. Dah banyak kali masak resepi ni. Alhamdulillah, seisi keluarga suka. Kalu follow selera vi, nak lagi sedap tambahkn kuantiti cili api. makin pedas makin layan. Jom, kita layan resepi.

Sumber: sudukecil.blogspot.com

Apa yang diperlukan:

  • 2 peket cendawan tiram putih (basuh, toskan kmudian dicarik2)
  • 6 biji cili api merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1 biji limau kasturi (ambil perahan jus)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Apa yang perlu dilakukan:
  1. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan cili api. kemudian, masukkan serbuk kunyit dalam lesung tersebut dan gaulkan rata.
  2. Panaskan minyak, kmudian tumis bahan2 dalam lesung tadi sehingga naik aroma wangi.
  3. Kemudian, masukkan cendawan dan gaul sebati.
  4. Masukkan sos tiram + perahan jus limau kasturi. Gaulkan.
  5. Tuangkan air secukupnya untuk membuat kuah. Biarkan mendidih seketika. 
  6. Masukkan garam dan gula secukupnya. 
  7. Jika rasa ok, tutup api dan hidangkan. 

12 Jun 2013

Steamed Cabbage Rolls


Assalamualaikum n selamat pagi. Awal pagi dah vi sampai opis sb ari ni ada competency test untuk budak2 year 2, kalau tak lulus test ni budak2 x leh masok year 3 utk clinician phase. Masa brief smalam, tak henti2 aku doa moga budak2 tsebut x sangkut. Jgn le repeat kerana test yg aku kira senang bangat. Tapi kan kalu dah nebes tu, yang senang boleh jadi tunggang langgang! Moga student2 tu diberi ketenangan masa test ni. Cikgu pulok terlebih risau. Meh, jom layan resepi sesuai untuk berdiet. 

Resepi: sudukecil.blogspot.com


Apa yang diperlukan:

  •  beberapa helai daun kobis utk dijadikan kulit (celor dalam air panas slama 1 minit)
  • 1 mangkuk daging kisar (rebus tlebih dahulu bsama 2 ulas bwg putih)
  • 5 keping cendawan shitake kering (rendam dalam air panas hingga lembt kmudian cincang)
  • 10gram/semangkuk kecik lobak merah (dicincang)
  • 1 mangkuk kecil daun bayam (dipotong halus2)
  • 1 mangkuk kecil daun bawang (dipotong halus)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada (hitam & putih)
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa maggi secukup rasa/ perasa ayam
  • garam secukupnya
Apa yang perlu dilakukan:
  1. Gaulkan semua bahan2 di atas kecuali daun kobis. Bahan2 tu dijadikan sebagai inti. Gaul sebati then put aside.
  2. Kemudian, masukkan  inti tersebut agak2 dlm sesudu kecil ke dalam daun kobis then golongkan.
  3. Ulang langkah 2 sehingga habis.
  4. Susun di atas pinggan then kukus selama 10-15 minit.
  5. Sedia untuk dihidang. 

7 Jun 2013

Sambal Terung


Ginilah rupa sambal terung punyalah simple. Guna mana bahan2 yang ada je. Kesemputan dan kemalasan nak pergi kedai beli bahan2 sepatutnya. Sebab asyik pikir2 ingatkan habis je ngajar modul respiratory system boleh terus cuti sat, rupanya kena pergi workshop 3H2M..ya ampun, pasrah ler jawabnya. Habis workshop baru boleh mohon cuti. Oleh kerana stress kejap, maka memasak la tempat aku lepas tensi. Masak kan terapi. Jom layan resepi. 


Apa yang diperlukan:
  •  1 biji terung panjang (dipotong ikut suka)
  • 3 sudu makan cili giling/kisar
  • 3 biji bawang merah (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (dipotong kecik2 halus)
  • 3 cubit udang geragau
  • 1 sudu makan kicap masin 
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • garam (sekiranya kurang masin)
  • minyak 
  • sedikit air


Apa yang perlu dilakukan:
  1. Panaskan minyak. Goreng sekejap terung yang siap dipotong tadi. Kemudian, angkat dan toskan pada kertas tisu dapur.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sikit minyak untuk proses menumis. Agak2 dalam 3 sudu besar.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah dan udang geragau sehingga naik bau wangi.
  4. Kemudian, masukkan cili giling. gaulkan sebati. 
  5. Masukkan sos tiram, kicap masin, gula dan garam (kalu kurang masin). gaul rata. 
  6. kemudian, masukkan sedikit air sekadar untuk menghasilkn kuah. tak yah letak banyak.
  7. Masukkan terung. gaul rata dalam 5 minit. 
  8. Setelah masak, hidangkan panas2.