Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

28 Jul 2013

Biskut Kelapa Delima


Assalamualaikum. Penat nya, dari  khamis lepas KL-Kuantan. Pastu kul 10pagi tadi btolak balik Kuantan- KL. Sampai je rumah, terbongkang tido jap. Minggu depan da boleh cuti balik kampung. Seronok! Wat sekut siap2 kat sini, sb balik kampung nanti adik n kak ipar ajak  melapis kek pulak. 


Kalu sape2 pernah btandang ke belog lama vi, jgn terkezut nengok gmbr sekut yg sama 2011. Ni kes malas nak tonggang terbalik pikul kamera snap gmbr, jadi guna je la ye gmbr yg ada. Rupa bentuk sekut masih sama. Penat memandu tadi pung x abis lagi. Lagipun, tuan tanah tetap org yang sama. Jadi, x de isu plagiat di sini. :).

Sekut ni sekut nostalgia. walau bmcm jenis sekut2 muncul zmn moden ni, yg ni jugak mnjadi peberet vi selamanya. Terima kasih Che Mat Gebu atas perkongsian resepi. Izinkan vi kongsikan resepi d sini ek.

Disediakan oleh: sudukecil.blogspot.com
Sumber rujukan: Mat gebu

Apa yang diperlukan:

Bahan Utama:

  • 225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
  • 150 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 125 g gula aising
  • 75 g kelapa kering, kisar halus
  • 25 g serbuk badam
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 155 g mentega
  • pewarna kuning cair (yg ni vi masukkan) 


Untuk Hiasan:

  • Ceri merah, dipotong kecil
  • Kelapa kering
  • 1 kuning telur, untuk disapu (vi campurkan sikit dengan pewarna kuning)


Apa yang perlu dilakukan:

  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla + pewarna kuning cair, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

15 Jun 2013

Tart Gulung Nenas


Asslamualaikum...malam2 minggu ttiba teringin update belog. Banyak kerja nak buat tapi boring pulok kalu dok ngadap buku/kerja opis je. Lepas lipat kain baju, kita update belog jap. Raya lama lagi. Tapi ttiba aku kongsi resepi sekut raya.  Rasa2nya tahun ni tak dapat nak buat sekut byk2 mcm taun2 lepas, sebab taun ni bizi kit sejak masok kerja. Gambar atas tu gambar sekut yg aku buat lepas2, ada terpampang lam belog lama aku. Jadi tak de isu cetak rompak gambar di sini ye, sebab belog baru n belog lama author yg sama iaitu aku sendiri...hehehehehe. Oleh sb aku suka sgt dgn resepi ni, jadi aku kongsikan d sini. Jom, layan. 


Sumber resepi asal: Christine (TQ very much) 

Apa yang anda perlukan:

1. Bahan-bahan untuk pastri:
  • 250gm mentega
  • 50gm gula aising
  • 1 biji kunig telur
  • 280gm tepung biasa
  • 80gm tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung custard


2. Bahan-bahan untuk inti:
  • 2 biji nanas (berat dalam anggaran 1600gm, diparut)
  • 250gm gula
  • 2 biji cengkih (optional)
  • 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis (*optional)


3. Untuk mengilatkan (glazing) permukaan tart:
  • 1 biji kuning telur
  • secubit serbuk pewarna kuning (*optional~ aku letak)



Apa yang anda perlu lakukan:

1. Penyediaan inti:
  1. Parutkan nanas kemudian perah untuk keluarkan jus sehingga kering.
  2. Di atas dapur, masakkan parutan nanas dan kacau pada suhu api sederhana. Apabila kering,masukkan gula dan gaul sehingga sebati.
  3. Tukarkan kepada suhu api yang kecil/rendah dan teruskan mengacau untuk mengelak hangus. Kacau sehingga kering dan berwarna coklat keemasan.
  4. Letak ke tepi dan biarkan sejuk.
  5. Bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil dan gulung sehingga berbentuk bola, setiap berat dalam anggaran 7 grams.


2. Penyediaan pastri dan gulungan:
  1. Ayak tepung biasa,tepung custard dan tepung custard bersama-sama.
  2. Campurkan mentega, gula aising dan pukul sehingga berkrim dan kembang.
  3. Masukkan kuning telur dan teruskan memukul/menggaul adunan tersebut.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung dan gaul sehingga membentuk doh. Biarkan selama 30 minit.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 170C (335F).
  6. Masukkan pastri ke dalam acuan dan picit sehingga membentuk panjang 5cm. Letakkan inti di hujung sudut pastri 5cm tadi kemudian gulungkan. Sapukan bahan glazing (campuran kuning telur dan serbuk pewarna kuning yang dipukul sebati) di permukaan tart.
  7. Bakar dalam masa 15- 20 minit sehingga perang keemasan. Apabila masak, biarkan sejuk sebelum disimpan.