Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

21 Jan 2015

Makan Time Moga beroleh keberkatan !

Lokasi: Teapot Deli SACC Mall 

Assalamualaikum semua...tempat kerja adalah lubuk rezeki. Di mana saya sangat berharap rezeki yang saya raih di lubuk rezeki tersebut merupakan rezeki yang berkat. Rezeki yang berkat, walaupun kuantiti nya sedikit tetapi nikmatnya menggunung tinggi dan lazatnya sehingga kita terasa lapang nya dada. Moga semua yang kita kecapi adalah di bawah rahmat Allah.


Makan time bersama rakan sekerja :)

Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit. Rezeki itu juga berbentuk pasif iaitu bahagia. Selain kebahagiaan berumahtangga, kita juga berharap mendapat kebahagiaan di tempat kerja. Suasana yang kondusif dan bertolak ansur. SubhanaAllah! sungguh beruntung sekiranya kita memiliki rakan sekerja yang sangat positif. Makan bersama, bertugas bersama, dan sentiasa saling maaf memaaf.

Moga saya terus ditempatkan di kalangan rakan sekerja yang positif. Tetiba teringat dengan kata-kata seorang sahabat berkenaan  "HABLU MINALLAH WA HABLU MINANNAS'. Beliau kata HabluminAllah itu senang sebab Allah Maha pengampun, Allah Maha pengasih, Allah Maha Penyayang. Tapi Hablu Minannas sukar sebab sesetengah manusia ego, iri hari, degil, keras hati, berdendam, suka mengungkit, suka bergosip tanpa solusi yang baik. 

Yang paling saya ingat pesanan hubs setiap kali pergi kerja "ingat..cari rezeki berkat. Jangan sesekali terlibat dalam konspirasi menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Sebab kalau kita berbuat demikian, periuk nasi kita juga kotor kerana tiada keberkatan dalam menganiaya hamba Allah yang lain." 


20 Jan 2015

Tazkirah 2

Numazu, Japan. Captured by: Hubs/Mr.Azmie

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tazkirah yg indah untuk difahami, direnungi dan dipraktikkan dalam kehidupan...    
       
          Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.        
        
          Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..       
         
          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.      
         
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga    
         Subhanallah....          
          Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.          Amiinnn..

15 Jan 2015

Tazkirah 1

Gambar hiasan captured by myself-vivi


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sedikit perkongsian dan peringatan untuk diri-sendiri dan sesiapa yg berlapang hati ingin menerima tazkirah untuk tarbiyah. Moga kita sentiasa dalam rahmat Allah.

"Kadangkala sesuatu amalan itu seperti keduniaan tetapi di sisi Allah nilainya adalah akhirat. Kadang kala sesuatu amalan itu kelihatan seperti amalan akhirat malangnya di sisi Allah ia hanyalah amalan keduniaan yang menyebabkan pelakunya menyesal di akhirat." 

Sekian.