Assalamu'alaikum dan salam Jumaat Sayyidul Ayyam. Baru balik dari dewan peperiksaan invigilate anak2 didik yg tgh bjuang untuk final semester exam. Ujong minggu ni, sensei kena kuarantin diri- sendiri sb kena pulun siap semak kertas exam budak2. Pagi Isnin kena submit markah kat boss. Abis je invigilate exam tadi, ttiba perut bunyi n teringat pulak kat kek cekelat. Vi ni species sweet tooth, kalu mood rajin laju le peluk cium oven. Kalu mood malas tu, pandang oven pung x nak.
Sejak masok kerja ni baru aku perasan dah lama x mbaking2 kek n sekutunya. Nanti try adjust masa ujong minggu ni, sambil semak kertas sambil tu kita rehat jap baking kek. eh boleh gituh! Tak mau baking kek yg aneh2, nak baking kek biasa2 je kot mcm kek cekelat ke, kek mentega ke...kalau nak senang, buat je la kek batik nanti hehehehe....Ni gambar n resepi vi angkut dari belog lama. Masa tu buat kek ni utk sambut ari jadi en.suami. Jom! layan resepi kat bawah ni.
Olahan: sudukecil.blogspot.com
Sumber: Donna Hay (utk kek coklat & krim putih)
Azlita Masam Manis (untuk ganache coklat)
Apa yang anda perlukan:
1. Bahan-bahan untuk kek coklat
- 220g mentega (biarkan pada suhu bilik)
- 440g gula kastor
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 biji telur gred A (suhu bilik)
- 300g tepung kek/tepung halus (*diayak)
- 60g serbuk koko (*diayak)
- 2 sudu teh serbuk penaik (*diayak)
- 250ml susu segar/susu cair
*Bahan kering dicampur dan diayak bersama
2. Bahan-bahan untuk Krim Putih
- 250g krim maskarpon
- 300ml krim putar (Vi guna yg manis, so tak perlu bubuh gula)
3. Bahan-bahan untuk Ganache Coklat
- 300ml krim putar- tenusu
- 30g sirap glukos
- 500g coklat bar (dihiris halus)
- 20g mentega
Apa yang anda perlu lakukan:
A). Untuk Kek Coklat
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Alaskan 2 biji tin loyang bulat dengan kertas.
2. Pukul mentega dan gula kastor serta esen vanilla sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur dipukul sebati baharu masukkan telur seterusnya. pukul sehingga betul-betul sebati.
4. Masukkan susu segar/susu cair dan bahan kering secara selang-seli ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian secara sama rata.
6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam setiap loyang berasingan.
7. Bakar ke dalam oven sehingga masak. (Oven saya mengambil masa 45 minit). Keluarkan dari oven.
B). Untuk Krim putih
8. Apabila kek sudah masak dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik, pukul krim putar tenusu sehingga kembang- membentuk soft peak.
9. Kemudian dalam bekas berasingan pukul krim maskarpon sehingga kembang. Campurkan gula aising ke dalam adunan dan pukul lagi.
10. Kemudian, satukan bersama adunan krim putar. gaul dan pukul sebati.
11. Sapukan hasil adunan krim putih tersebut pada permukaan kek kemudian tindan dengan lapisan kek seterusnya. Lebihan adunan krim digunakan untuk membuat coating di luar permukaan kek. Biarkan sejuk pada suhu peti sejuk selama 1 jam.
C). Untuk Ganache Coklat
12. Didihkan krim putar tenusu dan sirap glukos.
13. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi coklat gelap.
14. Kacau rata sehingga coklat larut sepenuhnya (Kaedah double boil)
15. Tambahkan mentega.Kacau sehingga adunan licin dan berkilat.
16. Biarkan sejuk 5 minit. suhu suam ala ala kuku (pastikan adunan masih licin, berkilat dan tidak terlampau pekat. Kemudian tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim putih.Biarkan ganache coklat yang menyelaputi kek mengeras.
No comments:
Post a Comment