29 Nov 2014

Eh! Menarik



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pagi Jumaat lepas, hubs belikan yang ini untuk saya. Katanya, kot kot tak sempat nak turun sarapan kat kantin, mahupun tinggal di hotel tapi malas nak turun ke cafe, bancuh sahaja isi peket ni. Pagi- pagi jangan skip sarapan. 

"Breakfast like a king; lunch like a queen; dinner like a pauper". 

Tapi, sedagha sedhari sekalian... Rakyat Malaysia suka buat- buat lupa pentingnya sarapan. Kita lebih banyak mencekik terutama waktu makan malam. Padahal, proses pencernaan berlaku teramatlah lambat ketika itu dan tenaga pun kita tidak perlukan semasa itu sebab lepas beberapa jam kebiasaannya kita duduk tengok tivi, duduk santai sembang/tulis blog/log masuk FB..., kemudian menguap kemudian tidur (berdasarkan pengalaman sendiri ya).

Eh! Terlajak pula menulis. Lain kali sahaja saya berkongsi pasal perihal obesiti. Dah penat gomol- gomol harith timang- timang harith, sekian masa untuk tidur. Hehehehe... Xoxo. 



No comments: