7 Jun 2013

Sup Ayam



Assalamualaikum, salam Jumaat penghulu segala hari. Ni masih dalam proses mengangkut dan memungah gambar2 dari belog lama ke belog baru. Tetiba terclick gambar ni, terus teringin nak masak sup ayam untuk En.suami tercinta. Jom! Layan resepi.


Resepi: sudukecil.blogspot.com
Foto: Mr. &Mrs. Nurulazmie
serves: 1-3 person

Apa yang diperlukan:

  • ayam (saya guna bahagian kepak dan isi ayam, stlh dibasuh lumur dgn serbuk lada putih & hitam)
  • secubit lada putih -dilumur pada ayam
  • secubit lada hitam-dilumur pada ayam
  • 1 inch halia -diketuk
  • 2 biji bawang merah (saiz bsr) -dihiris
  • 3 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 btg kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 peket sup bunjut adabi
  • Air secukupnya (untuk membuat kuah sup) -kuantiti terpulang kpd anda
  • 3 sudu makan minyak (saya guna 1 sudu minyak masak + 2 sudu minyak zaitun)
  • 1 sudu kecil serbuk rempah sup
  • 1 sudu kecil perisa ayam knor
  • 1/2 sudu kecil garam (terpulang kepada citarasa anda)
  • 1 biji kentang -dikupas kulit & dibelah 4.
  • 1/2 biji tomato- dipotong
  • 1/2 peket kecil cendawan enoki -dipotong akar
  • 1/2 btg lobak merah -dipotong bulat/bentuk bunga

Apa yang perlu dilakukan:

  1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kentang dan sup bunjut ayam dan biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bwg merah,bwg putih dan halia hingga wangi.
  3. Kemudian, masukkan ayam. kacau seketika dgn cepat. jgn sampai ayam tersebut masak.
  4. Masukkan semua bahan dalam kuali tadi ke dalam periuk yang berisi air, sup bunjut & kentang tadi. Kacaukan dan biar hingga mendidih.
  5. Masukkan serbuk rempah sup, serbuk perisa ayam knorr dan garam. kacau seketika.
  6. Masukkan lobak merah dan biar seketika - 5 minutes.
  7. Masukkan cendawan enoki dan tomato. Kacau seketika- 2 minutes.
  8. Selesai.

No comments: