7 Jun 2013

Sambal Terung


Ginilah rupa sambal terung punyalah simple. Guna mana bahan2 yang ada je. Kesemputan dan kemalasan nak pergi kedai beli bahan2 sepatutnya. Sebab asyik pikir2 ingatkan habis je ngajar modul respiratory system boleh terus cuti sat, rupanya kena pergi workshop 3H2M..ya ampun, pasrah ler jawabnya. Habis workshop baru boleh mohon cuti. Oleh kerana stress kejap, maka memasak la tempat aku lepas tensi. Masak kan terapi. Jom layan resepi. 


Apa yang diperlukan:
  •  1 biji terung panjang (dipotong ikut suka)
  • 3 sudu makan cili giling/kisar
  • 3 biji bawang merah (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (dipotong kecik2 halus)
  • 3 cubit udang geragau
  • 1 sudu makan kicap masin 
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • garam (sekiranya kurang masin)
  • minyak 
  • sedikit air


Apa yang perlu dilakukan:
  1. Panaskan minyak. Goreng sekejap terung yang siap dipotong tadi. Kemudian, angkat dan toskan pada kertas tisu dapur.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sikit minyak untuk proses menumis. Agak2 dalam 3 sudu besar.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah dan udang geragau sehingga naik bau wangi.
  4. Kemudian, masukkan cili giling. gaulkan sebati. 
  5. Masukkan sos tiram, kicap masin, gula dan garam (kalu kurang masin). gaul rata. 
  6. kemudian, masukkan sedikit air sekadar untuk menghasilkn kuah. tak yah letak banyak.
  7. Masukkan terung. gaul rata dalam 5 minit. 
  8. Setelah masak, hidangkan panas2.


No comments: